Jan 16, 2013

Invitations Irritations


Diluah mati kawan, ditelan aku yang mati. -,-




Bila dah kenangan mengusik hati dan fikiran, diam cuma.

tak semena, kenangan-kenangan berlatar belakangkan ruang rumah yg kosong datang menumpang lalu.
rakusnya membawa pergi realiti tanpa sedar.
kenangan yg walaupun bisu layarnya, walaupun kelam warnanya, masih tegar membawa fikiranku ke masa lampau itu. 
cukup sempurna, cukup indah pada pandangan yang tak terlihatkan.
novel tak aku ? HAHA.
korang pernah tak buat mende ni - tengah2 korang beborak dalam 3-5 orang, bergosip, luah meluah, tetibe korang dgn salah sorang dari kawanan berborak tu tersebut mende yg sama serentak. pastu dgn cepat dan tangkasnye, korang cuit bahu dia sambil cakap, 
"Chopp ! aku kawen dulu !" 
sape cepat, sape lambat, nasiblah. tapi yg terlambat cuit tu mesti terdiam lepas tu. HAHA 
haa.. bek mengaku. pernah buat tak? ade kan ? ade kan ?? HAHA..
well, saye dan kawan2 pun pernah buat. -,-

aku berborak kosong dengan 4 lagi kawanku.

merangkap housemet ku. lepak kat hall yg kosong yg cuma ada sebentang karpet, seketul tv dan sepasang langsir di tingkap. 
sedang kami berborak, tak semena aku terperangkap dalam situasi 'serentak' tadi dgn sorang minah ni.
aku pun cepat2 cakap, "chopp! aku kawen dulu!" haa kau. yakin sangat.
dengan penuh sarkastiknye minah ni angkat bahu sambil jawab, "memang.. confirm kau kawen dulu. aku lambat lagi.." pastu ketawe "haha." pastu sambung cakap, "aku lambat lagi kawen. korang2 ni yg akan kawen dulu dari aku." 
masih dalam intonasi dan lenggok badan yg sarkastik. 
Siap bagi turutan nombor ikut giliran tu yg tak menahan.
ok, by this time, semua dah terdiam. aku rase terpukul sebab dia meletakkan aku nombor satu sedang waktu tu aku single mingle. 
dia dah ade boyfie. dem sangat khenn. 
tak semena, lepas hampir 2 taun tak jumpe, 
aku dapat berita dia dah nak kawen. HAHA
secara tak langsung, dia dah merangkul angka giliran 1 yg dia letakkn pada aku 2 taun yg lalu. aah, dia yg pertama akan bergelar PUAN dlm kalangan kami berlima. dem kau kawan, dem. HAHA..
nampak tak cuit + 'Chopp aku kawen dulu' dlm situasi serentak tadi tak boleh pakai ? HAHA.

Alhamdulillah... aku doakan kau bahagia.

aku sedih, aku terharu, aku hepi. 
aku pun tak tau kenapa perasaan aku pulak yg bercampur gaul. 
tapi, for sure aku happy untuk kau.. :')
ape lagi yg boleh aku harap utk kawan terbaikku
selain harap akan jadi a part of big day tu. memang majlis dia lah yg paling aku tunggu. :)
tapi, the thing is, im afraid that i cannot make it for you, friend..
majlis dia 10/2/2013 kat TERENGGANU.
bertembung pulak dgn tarikh bertandang kakakku, 9/2/2013 kat KEDAH.
nak ke terengganu, yg kedah tu kakakku. 
nak ke kedah, yg terengganu tu bestfriend ku.
jadi, bagaimana ? -,-
(im still hope for the best.)