Jan 17, 2013

mencari harapan


ditunggu tak tiba, dicari tak jumpa. kesal..
kesalannya menggunung kerna tidak mengerti pada permintaan hati.
bukan pula bermaksud menyintai pada kesempurnaan 
sedang diri ini penuh kekurangan.
sedang hati meniti bahagia kehilangan menjemput tiba.
persis si buta kehilangan tongkat, dibawah sedar ku tergagau mencari arah dalam kesesatan yg kuciptakan sendiri. 
tiada keyakinan menyempurna kebahagiaan. ku tersengguk dikejut.
terkadang..kewarasan tewas jua pada jiwa memberontak.
tepis, tak gagah ditepis. 
beratnya beban tak tertanggung dek kerdilnya perasaan.
tanpa sedar keyakinan diragut pergi bersama kepercayaan.
dan tanpa sedar, ku menyakiti dalam tersakiti..