Terlalu Merindu

Andainya..
Ku punya peluang sekali lagi
Ingin sekali aku genggam tanganmu
Membawa kau kedunia penuh warna indah itu
dan takkan kulepas lagi..

Andainya..
Ku punya peluang sekali lagi
Ingin aku khabarkan padamu
Bahawa langit disini selalu mendung tanpamu
Bisakah kau kembali lagi..

Andainya..
Ku punya peluang sekali lagi
Ingin aku pahatkan dihatimu
Bahawa hanya aku yang kau perlu
dan tiada lainnya yang kumahu..

Andainya..
Ku punya peluang sekali lagi
Terlalu ingin aku ucapkan
Bahawa betapa selama ini aku merindu
Terlalu merindumu..

Usai gerimis ini,
Air yang mengalir tenang,
Burung kembali bernyanyi,
Angin lembut membawa lagi babak yang akhir dulu,
kehangatan dakapan terakhir yang kurasakan masih..

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Caesar (Czer) di Hospital Sungai Buloh

Bersalin Caesar (Czer): Suntikan Heparin

Pengalaman Bersalin Czer Kali Kedua: Kuasa Naluri Seorang Ibu