Sampai Hujan Reda


Hujan bersenandung lirih

mencurahkan air mata yang tak bererti
Setia kucuba kutip titisan–titisannya
agar dapat kurasa lagi hangatnya mentari..
Sedang waktu terus bergulir meninggalkan
segala keindahan yang pernah singgah dulu
Masih aku berdiri lagi disini
Dibawah teduhan tiris usang
Diantara mimpi buruk dan mahligai impian
Tak pernah gagal menunggu kembalinya sesuatu yang hilang..
Kerana yakinku harapan itu kan selalu ada
dan lebatnya hujan ini pasti kan berhenti jua,
Aku kan tetap disini
Menunggu pulangnya tujuh warna pelangi cinta..


Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Caesar (Czer) di Hospital Sungai Buloh

Bersalin Caesar (Czer): Suntikan Heparin

Pengalaman Bersalin Czer Kali Kedua: Kuasa Naluri Seorang Ibu