Biar payah menandingi gemersik suaramu, 
cuba juga kudendang ‘Syair Si Pari-Pari’ ini untukmu..

‘Buat Seorang Kekasih’, sabarlah menghadapi ‘Suratan’ ini. 
Kerana pasti ‘Dalam Gelap Ada Terang’.. 
Mahunya kami, kau kembalilah kepada fitrah dan katakanlah pada najis itu ‘Kita Terpaksa Bermusuhan’.
‘Tiada Aku Jemu’ mendoakan supaya kau berjaya mencari tau
‘Rahsia Alam’ ini agar dapat kau merasa ‘Manisnya Rindu’ didakap kasihNya. ‘Semoga Kau Mengerti’ kala ‘Gerimis Mengundang’ ini sentiasa kan ada ‘Nur Kasih’ dari Allah yang Maha Pengampun untuk kau merasa ‘Damai Dihati’.. 
Disini kami ‘Sabar Menanti’ untuk sama-sama menikmati lagi keindahan
‘Warna Kehidupan’ bersamamu ‘Kurnia’ dari Ilahi..
Didalam tadahan doa kami, semoga nanti kan tiba saatnya ‘Mentari Muncul Lagi’ untukmu dan akan Dia ‘Satukan Hati Kita’ semua lagi. InsyaAllah..



:: Zamani - Lagenda sepanjang zaman

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Caesar (Czer) di Hospital Sungai Buloh

Bersalin Caesar (Czer): Suntikan Heparin

Pengalaman Bersalin Czer Kali Kedua: Kuasa Naluri Seorang Ibu