Jan 28, 2015

Four Legs Little Friends: Generation-Two



Hi! Meet Yuyu..
Yuyu ni yg paling kecik.
Dia dilahirkan cacat. Kaki belakang sebelah kiri bengkok.
Mase baby tak boleh lurus langsung.
Beriye kitorang bandage dengan kayu bagai.
Tapi sebabkan semangat dia untuk berdikari dan menjadi normal sangat tinggi, hasilnya dia boleh berlari dan melompat walaupun sesenget lariannye.
Tak nampak langsung kecacatan.
Yes, he is 1 month. Hebat kan? :')


Hai saya Mika!
Mika bermaksud cantik dalam bahasa Jepun.
Tengok mate dia. Eye bag galas dua siap.
Kuat tido. Kat mana-mana pun jadi.


Yang paling gemuk ni Fio.
Asalnye nama dia Fiona.
Tetibe satu hari tu ball dia muncul menampakkan diri.
Lelaki rupenye. Kah kah kah.
Buang la 'na' tu, jadi Fio je..
Err.. kelihatan kaki Socky menyibuk disitu.


Yang ni la Socky!
The one and only white shoes.
Satu je gambar dia yang berjaya diambil dengan jelas.
Yang lain semua infinity. Aktif sangat! :)

Maaf, aku bukan meng-cat abusement-kan diorang.
Diorang ni memang suke tido sepah-sepah macam kucing terbuang.
Muke pulak semua sepesen.
Gigih sebut empat-empat nama padahal nak panggil sekor je.
Sebab aku sendiri pun tak cam. Kekeke.


Bukti kenakalan.
Beratur lompat sofa lepastu beratur panjat balik.
Elok je gilir-gilir.
Teamwork sangat. -_-'


Ni Mungji!
Yang bertanggungjawab melahirkan hantu-hantu kapas diatas.
Ye, beliau comel.
Tapi pagi aku tak sah kalau tak dimulakan dengan kaki yang berdarah.
Suke sangat die tangkap dan gigit kaki.
Lagi tak dapat lagi tu dia kejar. Huwaaaa!
Takde teman bermain katenye... 


26.01.2015 - Sebulan sudah umur mereka..

Dah toilet trained dah pun. Pandai kan.
Berkat makan Royal Canin Baby Cat. Kekeke.