Jan 13, 2015

16jam 55minit



Perlahan awan violet melitupi perjalananmu
Melangsiri pandanganku yang sedia terhalang
Memaksa kau berlari dibumi yang tak mampu kupijak
Membiarkan aku disinari mentari kala bulan menjagamu

Bagaimana mampu kuhadapi sebulan mendatang
Sedangkan sehari berlalu terasa panjang
Pulang segera pulang cinta
Membawa senyuman pengubat lara

Prahara jiwa hebat membadai
Menjerit mengharap sekelumit ehsan takdir
Menghapus pergi senafas seksaan ini
Mengharap kau pulang lagi bersama mimpi
Agar terubat cantingan rindu dihati